Friday, January 27

kota kinabalu ke sandakan

Aku tiba agak lewat di Kota Kinabalu kerana keadaan awan dan angin yang mencemburui perjalanan pertama aku tanpa family.. ceh, padahal dah banyak tempat aku merayap tanpa family.. haha.. Sepatutnya aku sampai di airport Kota Kinabalu jam 15.55pm tetapi 16.15pm baru sampai.. Walaupun masa sampai tak banyak beza sangat, tetapi bagi aku yang mengejar masa itu adalah sangat penting.. Kalau masuk amazing race nie, tentu dah 4 or 5 kumpulan pintas aku..

Keadaan perut yang agak lapar dan minta diisi aku tidak endahkan kerana usai solat sahaja jam dah menunjukkan 17:00pm. Tiket bas sudah aku tempah melalui telefon sahaja. Nasib kakak itu mahu simpankan untuk aku dan kawan-kawan aku.. Masa lagi sejam tidak membolehkan aku untuk menaiki bas henti-henti untuk ke Terminal bas Inanam. Jadi aku terus menempah Teksi Airport untuk kesana.. (RM54.00 sebuah kereta avanza). Mahal pun terima sahajalah asalkan pemandunya manis.. haha..

Keadaan jalan di bandar Kota Kinabalu agak sibuk memandangkan waktu bekerja sudah habis.. Lepas itu, kakak kaunter menelefon aku banyak kali untuk menanyakan dimana aku sekarang dan untuk mengkompemkan adakah aku akan sampai di terminal jam 18:00pm.. Aku merayu agar kakak menunggu kami yang terhegeh ini.. Abang driver mendengar perbualan aku dan terus mencilok-cilok agar aku dan kawan-kawan sempat sampai di terminal pada jam 18:00pm.. Ah, makin sweet pulak nampak muka abang itu.. haha..

15minit sebelum jam 18:00 pm, kami sampai di terminal bas, kami terus dikerumini ulat-ulat tiket yang berusaha mencari pelanggan mereka.. Aku terus meninggalkan kawan-kawan aku melayan ulat tiket dan cepat-cepat pergi beli tiket bas ke Sandakan. Nasib kami sangat baik kerana tidak terlepas bas, tapi perut pulak membuat hal dengan menyanyikan lagu amuk.. Jadi setengah daripada kami membeli makanan untuk alas perut sewaktu di bas dan lagi setengah mengangkat beg masuk ke dalam perut bas.

Keadaan terminal bas Inanam agak berserabut dengan barang kiriman yang bersepah-sepah. Disana macam tidak menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sahaja. Mungkin kerana menggunakan bas yang mahu ke destinasi yang dituju lagi murah dan dijamin pasti sampai hari ini juga merupakan faktor terpenting mengapa perkhidmatan Pos Malaysia jarang digunakan di Sabah.. Take note la wahai pekerja Pos Malaysia.. haha..

Tepat sahaja jam 18:00 pm, bas terus bergerak pergi meninggalkan terminal tersebut.. Konduktor bas memberitahu akan berhenti untuk makan, jadi kami yang mendengar terus memujuk perut agar bertahan sedikit sahaja lagi. Tetapi aku dikejutkan dengan jawapan konduktor bas tersebut bahawa perjalanan ke sandakan memakan masa 7jam. Aduhh, terhimpat dengan beg atas kepala pula.. Di internet hanya mengatakan perjalanan ke sana 4jam sahaja.. Dusta semua itu.. hhuuhh.. terima sahaja la kerana dah mengambil risiko ke sana..

Perjalan ke sana begitu mencabar dengan jalan yang begitu gelap dan berliku-liku seperti jalan ke Cameron Highlands sahaja. Muka aku dah naik bengkak kerana terhantuk di bingkai tingkap bas sewaktu tidur. Sakit tu tak terkata.. Nak menjerit malu pulak.. Jadi diam lagi baik daripada berkata. haha.. Aku mencadangkan, naik kapal terbang sahaja la kalau mahu ke Sandakan.. Buat sakit badan, pinggang dan muka je. Nasib aku masih muda belia.. Dalam bas, macam-macam bau yang boleh disedut.. Bau makanan ok lagi tapi bau budak muntah pulak. Dah la muntah di belakang aku menangis pulak tak henti-henti.. Memang menambahkan cabaran sahaja dalam perjalanan kali ini..

Jam 21.15pm, kami sampai di Telupid untuk makan malam.. Wah, gembira tak terkata hati ini kerana dapat makan. Tetapi bas ini berhenti di kedai makan cina pulak. Tapi ditulis NO SERVE PORK. Bukan rezeki lagi la untuk makan.. Sabar lagi.. Kedai makan itu, menyediakan lauk pauk untuk penumpang bas. Di Sabah, susah untuk mendapatkan sijil Halal kata seorang uncle itu.. Mengapa itu boleh terjadi? Adakah Jakim hanya menfokuskan untuk beri sijil Halal kepada negeri-negeri di Semenanjung sahaja? Bagaimana di Sabah dan Sarawak? Apakah tiada organisasi Jakim di sana?

Akhirnya, 01:00 am baru sampai di Sandakan. Perjalanan yang sangat penat lagi memenatkan.. Abang Rizal telah menunngu dengan kereta sewa yang aku tempah di terminal. Selepas itu, dia membawa kami tempat hotel Swiss Waterfront. After check-inn, pergi menyelongkar bandar Sandakan untuk mencari gerai makan..

nasi tengah malam + pagi butee

p/s : tiada gambar untuk di masukkan kerana mengejar masa dan mood bergambar kurang diseskan perut yang tersangat lapar..

No comments: