Tuesday, January 31

bandar sandakan

tiada apa yang perlu dibanggakan kot di bandar ini. lelaki dia semua scary je.. nak-nak yang lepak di area pasar besar..keadaan bandar sesak tak kira waktu, melainkan kedai tutup baru orang pun berkurangan. sekarang ini bandar sandakan dalam renovation untuk membuat sebuah lagi shopping mall berdekatan hotel swiss-in yang kami menginap itu.. naik lagi la rate bilik hotel itu..

gambar atas bumbung hotel je yang di ambil

bilik yang kiteorg duduk tak menghadap laut, jadi kena naik atas baru nampak view laut

tapi, ada 1 kedai makan di pasar sim-sim. lupa pula siapa nama owner kedai itu.. peramah..hanya bayar harga ikan dan air, penuh 1 meja makanan yang di hidangkan. nasi, sayur dan kuah semuanya percuma.tambahla seberapa banyak nasi yang anda mahu. memang free sahaja. di situ sahaja kot kedai makan melayu yang jual ikan bakar siang hari..
kerabu taugeh + sayur hijau.. haha.. tak tau nama sebenarnya
ikan sebelah

antara makanan free yang di beri, ikan dan sotong je bayar
kami singgah solat di masjid sim-sim yang besar tapi tiada orang. orang kampung di situ tidak mengimarahkan langsung masjid tersebut. ada 1 malam datang masjid itu, 2 orang budak siap berenang lagi dalam kolam di bawah masjid. masjid itu 2 tingkat tak silap.

hari terakhir di sandakan, baru izzati beritahu yang dia mempunyai makcik kaya di sana.. kalau tahu awal-awal tak payah nak sewa hotel, kereta dan makan.. semua free.. haha..untuk tidak mengecewakan makcik izzati, kami menerima perlawaan dia untuk belanja makan malam. apa lagi rezeki jangan di tolak. 1 hidangan makanan yang paling sedap malam itu adalah, ikan goreng baulu. isi ikan yang fresh di buang tulang (fillet) digoreng.. perghh, sedap kot.

tauhu jepun

full meja, dengan staemboat n pecal

tak lupa juga, sewaktu membeli belah di pasar besar, terjumpa pula seorang ustaz. sempat pulak ustaz itu mentafsirkan nama kawan2 aku. adakah serasi kawan-kawan aku bersama pasangan masing-masing. dah macam advertisement di tv8 pulak yang setiap jam 8 pagi tu.. sambil dia mentafsirkan nama itu sempat lagi aku menukar-nukar brooch yang aku beli di kedai dia. haha..memang seronak la duduk di kedai pakcik itu..
pakcik tu ada 14buah kedai hanya dalam pasar besar sandakan sahaja..

lastly, aku aku tunjukkan gambar sahaja la apa aktiviti aku buat dia sandakan nie. cerita banyak pun belum tentu korang semua tahu kan..

1 comment:

qila~ said...

memang ikan baulu tu sedap,smpai abes ko ngadap sorg :p