Wednesday, January 25

Dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu

Waktu cuti semester aku kali ini di penuhi dengan program melancong ataupun berjalan di bumi indah iaitu Malaysia..

Kali ini aku telah pergi ke Sabah Negeri di Bawah Bayu.. Aku tidak pasti mengapa negeri tersebut di gelar begitu.. Lain kali la aku dah tahu aku kongsi dengan kamu semua. Sebenarnya, tujuan pertama aku pergi ke sana adalah untuk berjumpa dengan kawan aku nie. Dah tiga tahun kenal tapi cuma bersembang di alam maya je.. Tapi biasalah, mugkin bukan rezeki aku untuk jumpa dia lagi.. Dia sibuk kerana terpaksa uruskan masalah 'sepupu dia'..Biarkan la hal dia tu..

Aku sebenarnya nak kata tersalah beli tiket tak juga, ingat mahu mengajak si dia berjumpa di Kota Kinabalu sahaja. Tetapi atas dasar kemanusiaan yang tinggi, aku tak nak menyusahkan dia jadi aku buat perancangan pergi ke Sandakan.

Kawan aku pula Izzati, family dia nie member Vip Hotel Swiss -inn. Jadi bila ada tempat penginapan yang bagus, terus je la dengan rancangan aku nie untuk ke Sandakan. Setelah aku baca banyak belog dan buat kajian pasal Sabah, dengan yakin, kami ( berenam ) memulakan travel yang dirancang..

teman seperjalanan semasa di sabah


Seriously, apa yang dibaca dalam internet banyak yang tak sama dengan yang dialami sendiri.. Lagi mencabar sangat perjalanan itu.. Cuma as leader (unofficial) berlagak je la tau apa yang nak di tuju sedangkan terpingga-pingga dengan keadaan sekeliling. Kami berkumpul di KL Sentral dahulu. Ini kerana diorang semua orang johor dan aku seorang sahaja orang pahang. Jadi untuk memudahkan pertemuan, kami berkumpul di KL Sentral sahaja la.. Zaty, Una, Anis dan Farah bertolak jam 12.00 tengah malam dari Larkin, Johor. Qila, makcik dia hantar terus ke situ. Dia kira sorang juga la even dia menetap di Johor, Muar.

bergambar dahulu sementara tunggu qila..


Jam 09:00 am, kami terus menaiki skybus ke terminal tiga.( macam tajuk buku komsas waktu sekolah ) after that, check-in.. 

pffhuhhh, paling problem sangat check-inn tu.. ada satu sumber kata beg tak boleh lebih 15kg yang di carried dan tak boleh bawa beg tarik nanti kena caj tambahan.. tipu betul.. jangan percaya dengan semua itu,, 

salah satu beg yang bermasalah.. orang kata 7kg.. kan dah lebih itu.


Di Air Asia, 
Hand luggage maksimum adalah 7 kg.
 Itu termasuklah beg yg di galas atau beg tarik.. 
Seorang hanya boleh membawa 2 beg sahaja ( hand beg dan beg pakaian ) tapi jangan lebih dari 7kg. 
Kalau lebih, alamat TAMBAH DUIT la..

0 kg - 15 kg = RM 45.00

Tibalah kami di Terminal Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah..

No comments: